Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
140) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CINA
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Dimanakah tapak Sekolah Menengah Kebangsaan Cina yang telah diumumkan oleh Dato' Menteri Besar baru-baru ini?
Pendidikan merupakan antara fokus utama Kerajaan Negeri Selangor dan dimeterai melalui komitmen sebanyak RM26 juta kepada pembinaan semula atau membaik pulih infrastruktur sekolah di Negeri Selangor. Ini termasuk bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
Tambahan kepada itu, antara sekolah lain yang mempunyai permintaan yang tinggi adalah Sekolah Menengah Persendirian Cina. Antara sebab selain peningkatan jumlah pelajar adalah faktor lokaliti kerana keempat-empat Sekolah Menengah Persendirian Cina yang sedia ada di negeri Selangor bertempat di Daerah Klang.
Melihat kepada situasi ini, Kerajaan Negeri sedang dalam landasan ke arah menetapkan lokasi bagi penubuhan Sekolah Menengah Persendirian Cina baharu di luar Daerah Klang. Beberapa kawasan telah dikenal pasti di Daerah Petaling dan Daerah Hulu Langat bagi tujuan tersebut. Penelitian akan dijalankan setelah proses konsultasi dengan pihak berkepentingan diselesaikan sebelum pengumuman rasmi lokasi tapak sekolah ini dibuat.