Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

139) SKIM PERUMAHAN KERAJAAN ” RENT TO OWN”

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan program Skim Perumahan Kerajaan " Rent To Own?

    Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan Skim “Rent To Own” atau dikenali sebagai “Skim Smart Sewa To Ownership’’ (2STAY) telah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 3/2022 yang telah disahkan pada 19 Januari 2022 bagi penyediaan dasar dan pelaksanaan skim ini. Sehingga kini, perkembangan berkenaan program ini akan dilaksanakan melalui projek pertama iaitu Rumah Idaman MBI (Idaman Abadi) di Kajang yang bakal siap pada suku ke-2 Tahun 2022 sebelum diserahkan kepada Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor sebanyak 70 unit.

    Walaubagaimanapun, Skim ini akan ditawarkan kepada pemohon yang telah memenuhi syarat kelayakan dibawah Skim Smart Sewa iaitu tempoh sewaan sehingga 5 tahun sebelum layak memohon ke Skim ‘’Smart Sewa To Ownership’’ (2STAY).

  2. Berapakah bilangan unit rumah yang telah terlibat setakat ini?

    Pelaksanaan “Skim Smart Sewa To Ownership’’ (2STAY) telah disahkan oleh MMKN pada 19 Januari 2022. Kerajaan Negeri telah mensasarkan sebanyak 3,200 unit rumah yang diluluskan untuk dijadikan unit “Skim Smart Sewa To Ownership’’ (2STAY). Sebanyak 70 unit rumah akan dapat mula ditawarkan kepada pemohon yang layak pada suku kedua tahun 2022 ini.

  3. Nyatakan lokasi tempat "Skim Rent To Own" di negeri Selangor.

    Setakat ini, perincian lokasi projek yang telah diluluskan untuk dijadikan ‘’Skim Smart Sewa To Ownership’’ (2STAY) adalah seperti berikut :-

Lampiran

Tiada Lampiran.