Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
134) PROGRAM SELVAX
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan baki vaksin Sinovac bawah Kerajaan Negeri Selangor.
Soalan ini telah dijawab bersekali dengan soalan dari Bandar Utama (N36) No.2 (a). Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 28 Februari 2022, jumlah vaksin jenis Sinovac yang masih dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah sebanyak 63,132 dos daripada jumlah asal iaitu sebanyak 500,000 dos.
-
Adakah Kerajaan Negeri berniat untuk tambah vaksin jika ia perlu pengambilan dos tambahan?
Kerajaan Negeri sentiasa berusaha memastikan kesejahteraan dan jaminan kesihatan yang baik kepada semua rakyat. Susulan daripada kelulusan vaksin Sinovac sebagai dos penggalak termasuk bagi golongan kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas, Kerajaan Negeri akan meneruskan pemberian vaksin kepada golongan kanak-kanak ini dengan menggunakan baki dos vaksin sedia ada. Untuk sebarang pertambahan dos vaksin untuk dos tambahan yang akan datang dan sebagainya tertakluk kepada keputusan dan keadaan kewangan semasa Kerajaan Negeri.