Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
129) VAKSINASI ORANG ASLI
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apa langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan semua Orang Asli akan terima dos booster vaksin Covid-19?
Langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan untuk memastikan semua Orang Asli menerima dos booster COVID 19 melalui aktiviti seperti berikut:
Promosi berkenaan program immunisasi booster COVID 19 ini dijalankan menerusi ketua-ketua kampung bersama pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) dan mendapat sambutan baik oleh masyarakat Orang Asli.
Pasukan Bergerak Outreach dari setiap pejabat kesihatan daerah di negeri Selangor bekerjasama dengan pihak JKOA di peringkat daerah untuk menjalankan program immunisasi dos penggalak atau booster vaksin Covid-19 ke perkampungan Orang Asli di kawasan masing-masing.
Pasukan Bergerak Outreach dari pasukan perubatan NGO di bawah penyelarasan PhCorp.
Pasukan Bergerak Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) juga mengambil bahagian dalam menjayakan program imunisasi dos penggalak kepada Orang Asli di kampung-kampung yang dilawati.Jadual dibawah menunjukkan liputan immunisasi dikalangan Orang Asli di Selangor yang telah lengkap Dos 1 dan Dos 2 immunisasi COVID 19. Program akan diteruskan untuk dos penggalak dan kanak-kanak