Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

124) JAMINAN PEKERJAAN

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah anggaran peluang pekerjaan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri pada 2022 mengikut sektor?

    Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada MyFutureJobs, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) statistik anggaran peluang pekerjaan di Selangor mengikut sektor pada tahun 2022 adalah berjumlah 163,645. Maklumat terperinci adalah seperti Jadual 1 di bawah :

  2. Apakah jaminan Kerajaan Negeri menyediakan pekerjaan secukupnya kepada anak negeri ?

    Kerajaan Negeri sentiasa merancang dan membantu menyediakan peluang-peluang pekerjaan bagi rakyat Selangor. Antara program yang telah direncanakan adalah seperti berikut:

    i. Pelaksanaan Program Karnival Kerjaya pada tahun 2022 secara MEGA iaitu sebagai platform bagi pihak syarikat swasta/ industri mendapatkan sumber manusia dan rakyat Selangor mudah mencari pekerjaan yang sesuai dengan sasaran sebanyak 25,000 peluang pekerjaan yang ditawarkan;

    ii. Program Selangor Kerjaya di bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI juga menyediakan satu portal laluan bagi memadankan kemahiran dan pengalaman pemohon dengan pihak industri. Portal ini juga akan membolehkan pihak kerajaan/ akademik membuat analisa padanan keperluan industri. Pemohon perlu mendaftar dengan melayari laman web www.selangorkerjaya.com.my; dan

    iii. Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) merupakan satu program kerjasama dengan syarikat-syarikat ‘e-hailing’ seperti GRAB, Food Panda atau DEGO yang bakal memberi peluang pekerjaan di dalam ‘gig ekonomi’ kepada hampir 3,000 anak muda di seluruh Selangor. Program ini juga dijangkakan dapat membantu syarikat-syarikat yang memerlukan tenaga kerja di kalangan warga tempatan.

    Selain itu, kerajaan Negeri sentiasa berusaha dalam menyediakan program yang relevan seperti Program IKTISASS yang dijangka dapat membantu menyediakan tenaga kerja mahir di Selangor untuk keperluan industri kebolehpasaran belia atau graduan dapat dipertingkatkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.