Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

110) BANTUAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah bantuan Lembaga Zakat Selangor mengikut pecahan kategori bantuan dalam DUN Semenyih bagi tahun 2020 - 2021.

    Jumlah bantuan LZS mengikut asnaf di DUN Semenyih bagi tahun 2020 dan 2021 adalah seperti berikut:

     

  2. Apakah kriteria utama terkini untuk memohon sumbangan Lembaga Zakat Selangor mengikut pecahan kategori yang ditawarkan?

    Kriteria utama bagi permohonan bantuan LZS adalah seperti berikut:

    i. Beragama Islam.
    ii. Warganegara Malaysia/Pemastautin tetap.
    iii. Lahir dan menetap di Selangor/bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang tiga tahun (selain daripada asnaf Ibnu Sabil).
    iv. Pemohon tidak menerima sebarang bantuan daripada pihak lain atau menerima bantuan tetapi masih tidak mencukupi (jika menerima bantuan daripada pihak lain, perlu dimasukkan dalam pengiraan sebagai pendapatan dalam had kifayah).
    v. Merupakan ketua keluarga bagi isi rumah dan memenuhi kriteria had kifayah yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had kifayah bagi asnaf fakir dan miskin. Penentuan status asnaf fakir atau miskin adalah berdasarkan kadar peratus (%) had kifayah berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.