Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
101) BALAIRAYA MPKK
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Terdapat banyak Balairaya MPKK yang tidak terurus dengan sempurna , apakah tindakan daripada pihak Kerajaan Negeri?
Daerah Sabak Bernam yang terdiri daripada 79 buah Kampung Tradisi, 12 buah Kampung Bagan/Baru/Tersusun dan 4 Ketua Komuniti India (KKI) mempunyai 94 premis balairaya yang diletakkan tanggung jawab penggunaan dan penjagaannya di bawah MPKK atau KKI di kampung mana balairaya tersebut berada. Penyelenggaraan balairaya tersebut pula adalah di bawah Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam.
Daripada jumlah tersebut, 14 buah kampung mempunyai lebih daripada sebuah balairaya manakala sebanyak 22 buah kampung pula tidak mempunyai balairaya kerana ketiadaan tanah kerajaan/rezab yang sesuai untuk pembinaan atau penempatan kabin balairaya. Setiap MPKK yang mempunyai balairaya menggunakan hanya sebuah balairaya sahaja sebagai pusat pengurusan, pentadbiran dan aktiviti MPKK berkenaan. Pengurusan bil utiliti air dan elektrik dipertanggung jawabkan sepenuhnya kepada MPKK atau KKI tersebut.
Lebihan balairaya di 14 kampung tersebut sebahagiannya digunakan untuk aktiviti lain seperti penganjuran kursus agensi diantaranya oleh Amanah Iktihar Malaysia (AIM), Pusat Aktiviti Wanita seperti Pusat Wanita Berdaya (PWB) serta kegunaan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan secara berjadual atau penggunaan one-off. Beberapa balairaya didapati tidak diurus dengan sempurna kerana sebab berikut:
i. Balairaya tidak digunakan kerana tiada perabot asas atau perabot yang telah usang dan tiada penggantian dibuat kerana tiada peruntukan perolehan yang dikhaskan untuk tujuan tersebut.
ii. Tiada penyambungan kemudahan air dan elektrik kerana tiada permohonan kepada agensi penyedia utiliti dibuat oleh MPKK akibat ianya tidak digunakan.
iii. Beberapa balairaya tidak digunakan langsung semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana tiada aktiviti masyarakat atau mesyuarat yang diadakan di balairaya dalam tempoh hampir 2 tahun menyebabkan ia kelihatan tidak terurus pada masa tersebut.
Beberapa tindakan penambahbaikan pengurusan balairaya telah dirancang dan dilaksanakan di peringkat Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam seperti berikut:
i. Mengemaskini inventori balairaya di dalam Daerah sejak 2019 hingga
2021 untuk mengenalpasti status balairaya sama ada terletak di atas
tanah kerajaan atau tanah persendirian.ii. Melaksanakan proses pewartaan bagi balairaya yang belum diwartakan.
iii. Mengenalpasti balairaya di atas tanah persendirian dan membuat
pemakluman kepada pemilik tanah persendirian tersebut tentang status
balairaya sama ada hendak diserahkan secara rasmi kepada kerajaan
atau ingin digunakan semula oleh pemilik tanah dan perlu menurunkan
papan tanda JKKK yang telah diletakkan sebelumnya untuk elak
kekeliruan.iv. Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam akan mengambil alih semula
pengurusan balairaya berlebihan yang tidak digunakan dan
mencadangkan atau memohon kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Selangor untuk membenarkan penyewaan bagi tujuan kegunaan
agensi atau NGO secara one-off atau berjadual sebagai kutipan hasil
Kerajaan Negeri.v. Senarai balairaya dan isu berkaitan telah dibentangkan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Mengenai Pejabat Daerah dan Tanah (JP-PADAT) pada 7
Februari 2022.Statistik balairaya adalah seperti berikut :