Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

99) PELANCONGAN

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan untuk mempertingkatkan ekopelancongan di mukim Hulu Langat yang terkenal dengan aktiviti perkelahan dan perkhemahan?

    Pihak Tourism Selangor selaku agensi promosi Kerajaan Negeri Selangor mengambil inisiatif untuk mempromosikan tempat-tempat menarik khususnya produk pelancongan yang berasaskan ekopelancongan di mukim Hulu Langat yang terkenal dengan aktiviti perkelahan dan perkhemahan melalui platform digital da n media sosial selaras dengan penganjuran kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!” bersama pihak agensi pelancongan dan pihak media. Pihak Tourism Selangor juga mempromosikan tempat-tempat ini di dalam dan luar negara melalui aktiviti promosi seperti siri jelajah, pameran pelancongan dan kempen pengiklanan bersama-sama dengan pengusaha industri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

    Bagi memastikan produk ekopelancongan diuruskan dengan baik, Pihak Tourism Selangor juga bekerjasama dengan Pihak (Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang megetuai Pelan Tindakan Pemutihan Premis produk produk pelancongan disusur Sungai Langat. Pelan ini adalah untuk membangunkan segmen produk pelancongan yang berpotensi dan berasaskan eko pelancongan dapat beroperasi dengan lesen yang sah. Manakala, pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui Majlis Perbandaran Kajang membuat pemantauan dari aspek perlesenan operasi bagi beberapa operator yang membuat perniagaan berteraskan aktiviti dan penginapan ‘eko pelancongan’.

Lampiran

Tiada Lampiran.