Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
89) BEKALAN LAMPU JALAN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Dikawasan pedalaman, jalan utama orang kampung masih tiada bekalan tiang lampu mengakibatkan ancaman keselamatan pengguna jalan raya ketika waktu malam dan sering berlaku kemalangan. Apakah tindakan kerajaan untuk membantu tambah tiang lampu di kawasan kampung Jeram?
Berdasarkan makumat semasa, secara keseluruhan tiang lampu yang sedia ada adalah berjumlah 508 dan permohonan baru yang diminta adalah berjumlah sebanyak 420 tiang. Senarai ini sedang dikemaskini dari semasa ke semasa untuk mengenal pasti jumlah dan keperluan sebenar tiang elektrik di jalan-jalan kampung di Mukim Jeram.
Pada masa ini juga, siasatan sedang dijalankan untuk menentukan sama ada jalan yang terlibat untuk penambahan tiang lampu adalah di bawah seliaan Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor, Jabatan Kerja Raya atau Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Senarai ini akan dipanjangkan kepada pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk ketetapan dan tindakan selanjutnya.
MAKLUMAT TAMBAHAN:
Pecahan Tiang Lampu Mengikut Kampung Di Mukim Jeram