Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

80) KOLAM TAKUNGAN AIR DI DAERAH SEPANG DAN DAERAH KUALA LANGAT

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan untuk penyelenggaraan kolam-kolam takungan di daerah Sepang dan daerah Kuala Langat dari tahun 2018 ke tahun 2022?

    Peruntukan Persekutuan bagi penyelenggaraan kolam takungan di Daerah Sepang dan Kuala Langat dari tahun 2018 hingga 2022 adalah seperti berikut:-

  2. Adakah tahap penyelenggaraan kolam-kolam di bawah JPS memuaskan ketika ini ataupun adakah terdapat keperluan menaiktaraf kapasiti serta kekerapan penyelanggaraan yang dijalankan?

    Ya, terdapat keperluan untuk menaiktaraf kapasiti kolam takungan di Daerah Sepang dan Kuala Langat. Pada masa kini, JPS telah mengenalpasti kolam-kolam takungan banjir di Negeri Selangor yang perlu dibuat penaiktarafan dan pembaikan termasuk struktur-struktur kolam bagi memastikan kefungsian dan keberkesanan kolam takungan dapat dicapai. Kajian menyeluruh dibuat dengan mengambilkira analisis ke atas metodologi, hidraulik dan hidrologi bagi sistem saliran sedia ada di kawasan tadahan kolam takungan terlibat. Laporan kajian
    tersebut akan dirujuk sebagai parameter bagi penyediaan pelan induk dan reka bentuk sistem saliran.

    Tahap penyelenggaraan yang dilaksanakan adalah menepati keperluan tadahan dengan mengambilkira keadaan semasa sistem saliran termasuk struktur-struktur hidraulik, kadar alir ‘inflow – outflow response function’ semasa waktu puncak serta perkara-perkara lain yang berkaitan meliputi keseluruhan kawasan pembangunan sedia ada. Namun begitu, reka bentuk kolam takungan masih dikekalkan sebagaimana ianya dibina.

    Mengikut garis panduan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA), kekerapan bagi kerja-kerja pengorekan kolam adalah 2 tahun sekali. Walau bagaimanapun, JPS akan sentiasa membuat pemantauan dan penelitian dan akan membuat pengorekan dengan kadar segera sekiranya ada keperluan walaupun tempoh kurang dari 2 tahun sepertimana yang disarankan

Lampiran

Tiada Lampiran.