Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
76) PENGGERAK BELIA SELANGOR (PEBS)
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bolehkah Kerajaan Negeri Selangor mempertimbangkan supaya PeBS diwujudkan sebagai jawatan khas di pejabat DUN seperti PWB yang khusus untuk menguruskan hal ehwal belia di kawasan DUN?
Secara dasarnya, pada tahun 2021, Kerajaan Negeri telah menjenamakan semula Penggerak Belia Tempatan (PeBT) kepada Penggerak Belia Selangor (PeBS) yang di tempatkan di setiap 56 Dewan Negeri Selangor. Seramai 5 orang wakil belia telah ditetapkan bagi setiap Dewan Negeri untuk menjadi agen kepada aktiviti dan suara anak muda. Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk memperkasakan PeBS ini ke satu peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya melahirkan pelapis pemimpin yang berkualiti. Kerajaan Negeri terbuka dengan sebarang cadangan dan penambahbaikan kepada sistem PeBS sedia ada.