Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

72) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan untuk menambah baik kaedah bagi warga emas mendapatkan baucher kelahiran, yang setakat ini ada ramai lagi yang belum dapat memperolehi faedah ini kerana maklumat dan tarikh penyerahan baucher tidak diketahui?

    Seperti yang semua maklum bahawa Program Jom Shopping SMUE ini merupakan salah satu Program yang mendapat sambutan amat baik dan sangat menggalakkan daripada golongan Warga Emas dan OKU di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor dikenali sebagai sebuah Negeri yang prihatin terhadap rakyatnya oleh itu, sejak Program ini dilaksanakan pada tahun 2019 seramai 372,453 Ahli SMUE telah menerima manafaat.

    Walaubagaimanapun, pelbagai reaksi telah diterima daripada Ahli SMUE dan PKM DUN mengenai Program ini. Oleh yang demikian, YAWAS telah mengambil inisiatif dengan merangka penambahbaikan semula Program ini bermula tahun 2022.

    Kaedah pemberian baucar akan dijalankan secara terbuka iaitu Ahli SMUE boleh mengambil baucar RM100 di Pejabat DUN masing-masing sepanjang tahun tanpa perlu menunggu bulan kelahiran mereka. Kertas cadangan ini telah diangkat untuk ke peringkat MMKN oleh UPEN dan kini UPEN sedang membuat kajian menyeluruh bagi menyediakan kertas ke MMKN.

Lampiran

Tiada Lampiran.