Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

60) BANTUAN UNTUK MEMULIHKAN EKONOMI PELANCONGAN

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan berhasrat untuk membantu penubuhan syarikat pelancongan baru supaya pemulihan ekonomi bidang perlancongan akan dipercepatkan? Jika ada, apakah bantuan tersebut?

    Untuk makluman, buat masa ini, tiada lagi bantuan atau insentif khusus yang diberikan kepada syarikat pelancongan yang baru ditubuhkan. Walaubagaimanapun, pihak Kerajaan Negeri melalui pihak Tourism Selangor telah bersedia memperkasakan semula sektor pelancongan di Negeri Selangor dengan memperkenalkan bantuan atau insentif yang dapat dimanfaatkan oleh sebahagian besar penggiat industri pelancongan di Negeri Selangor.

    Antaranya adalah seperti Pakej Prihatin Kita Selangor 2.0 melalui Geran Bantuan Kewangan Sektor Pelancongan dan Pertandingan Pitching Pelan Pemulihan Bagi Semarakkan Semula Sektor Pelancongan Domestik Negeri Selangor. Jangka masa proses permohonan Geran Bantuan Kewangan Sektor Pelancongan ini dibuka sehingga 31 Mac 2022, manakala Pertandingan Pitching Pemulihan Pelancongan akan bermula pada bulan Jun 2022

Lampiran

Tiada Lampiran.