Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

56) RIZAB KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan prestasi terkini akaun bersatu dan dalam simpanan rizab Kerajaan Negeri sehingga Disember tahun 2021.

    Prestasi terkini Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri Selangor sehingga 31 Disember 2021 adalah baik iaitu berjumlah RM2,803.81 juta yang terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM633.76 juta dan Akaun Amanah Disatukan berjumlah RM2,170.05 juta. Manakala simpanan rizab Kerajaan Negeri sehingga 31 Disember 2021 adalah terdiri daripada wang tunai di tangan dan di bank berjumlah RM95.98 juta dan Pelaburan berjumlah RM2,707.83 juta.

  2. Nyatakan perbezaan dari tahun 2019, 2020 dan 2021 rizab Kerajaan Negeri Selangor.

    Rizab Kerajaan Negeri Selangor pada 31 Disember 2019 adalah sebanyak RM2,141.76 juta manakala rizab pada 31 Disember 2020 adalah sebanyak RM2,445.12. juta dengan peningkatan rizab sebanyak RM303.36 juta atau 14.16 peratus. Selanjutnya rizab Kerajaan Negeri Selangor pada 31 Disember 2021 adalah sebanyak RM2,803.81 juta atau peningkatan sebanyak RM358.68 juta atau 14.67 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2020.

Lampiran

Tiada Lampiran.