Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

47) SENARAI PROJEK -PROJEK BAIKPULIH JALAN DI SELANGOR AKIBAT BANJIR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi membaikpulih jalan-jalan yang rosak akibat banjir ?

    Berdasarkan penilaian awal, pihak JKR Selangor telah menganggarkan keperluan kos baikpulih jalan negeri yang rosak akibat banjir berjumlah RM 22.56 juta (tidak termasuk pembinaan cerun) yang melibatkan 5 daerah di Selangor. Cadangan untuk kerja-kerja baikpulih jalan negeri ini adalah di bawah program pemulihan infrastruktur pasca banjir menggunakan peruntukan MARRIS tahun 2022.

  2. Nyatakan projek-projek baikpulih jalan rosak akibat banjir yang telah dilaksanakan mengikut daerah setakat ini.

    Senarai projek-projek baikpulih jalan rosak akibat banjir bagi jalan negeri mengikut daerah adalah seperti Lampiran 1.

Lampiran

Tiada Lampiran.