Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

26) LEMBU BERKELIARAN

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Lembu, anjing berkeliaran bebas tanpa tuan, mengundang rasa tidak selamat dan membahayakan keselamatan penduduk setempat. Apakah penguatkuasaan undang-undang yang dikenakan?

    Lembu : Pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor akan mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah 5(1) Enakmen Lembu-Kerbau 1971 dengan menyita lembu yang berkeliaran di kawasan larangan serta mengenakan kadar bayaran bagi kos sitaan RM500.00/ ekor dan jagaan RM50.00 sehari, di Pusat Kurangan Haiwan Sementara, MPKS.

    Sekiranya, pemilik tidak datang menuntut dalam tempoh 7 hari lelongan akan dibuat dan menjadi aset MPKS. Lembu yang berjaya disita kebanyakkan akan dituntut segera oleh pemilik tidak melebihi tempoh ditetapkan. Berikut bilangan ekor yang berjaya ditangkap bagi tahun 2021 :-

    Anjing: Majlis Perbandaran Kuala Selangor akan mengambil tindakan penguatkuasaan dengan menggunakan Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (MDKS) 2007 dengan menyita anjing terbiar di kawasan larangan serta mengenakan kadar bayaran bagi kos sitaan RM100.00 / ekor dan jagaan RM50.00 sehari. Tempoh jagaan sehingga 7 hari di tempatkan di Pusat Kurangan Haiwan Sementara, MPKS. Sekiranya tidak dituntut, haiwan tersebut akan diserahkan kepada NGO/ orang awam sebagai haiwan angkat dan dilesenkan. Anjing berpenyakit kepada rabies akan dilupuskan oleh pihak Jabatan Veterinar. Berikut bilangan anjing terbiar yang berjaya ditangkap bagi tahun 2021 :-

     

  2. Adakah lembu yang diternak mempunyai tag rekod supaya dapat mengesan tuan punya haiwan peliharaan?

    Buat masa ini, lembu yang diternak di dalam kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Selangor tidak mempunyai tag rekod untuk mengesan pemilik haiwan peliharaan tersebut. Kebiasaannya semasa operasi sitaan lembu dijalankan, pemilik akan datang ke Majlis Perbandaran Kuala Selangor untuk mengambil semula lembu yang berjaya disita.

Lampiran

Tiada Lampiran.