Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

20) KEMUDAHAN AWAM DI LUAR BANDAR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi membina dewan serbaguna di kawasan luar bandar khususnya DUN Sentosa?

    Di kawasan DUN Sentosa terdapat satu (1) unit dewan serbaguna iaitu di Jalan Sungai Jati, Taman Sentosa. Dewan ini berkeluasan 5,520 kaki persegi yang mempunyai kapasiti 300 orang serta 2 gelanggang badminton.

    Selain itu, terdapat juga satu rezab tapak dewan berkeluasan 0.25 ekar di Jalan Hulubalang 9C bagi perancangan pada masa hadapan.

Lampiran

Tiada Lampiran.