Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

19) MEMPROMOSIKAN TEMPAT DAN NAIKTARAF KEMUDAHAN DI BATANG KALI

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaiktaraf dari segi promosi dan kemudahan bagi menarik pelancong memandangkan jalan Batang Kali adalah laluan utama pelancong untuk ke Genting Highland?

    Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) sentiasa bersedia dalam mempromosikan produk pelancongan di dalam daerah Hulu Selangor. MPHS akan bekerjasama dgn Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan kerja-kerja naiktaraf, pihak MPHS akan melihat keperluan dari semasa ke semasa, serta akan memastikan lokasi pelancongan bersih dan selesa.

    1) Di kawasan ini terdapat beberapa produk pelancongan iaitu

    I. Rumah Hutan Bonda
    II. Rumah Sungai
    III. Hutan Pelajaran Sungai Kedondong (Air terjun)
    IV. Father’s Farm

    2) Rancangan untuk menarik pelancong ke Kawasan tersebut

    I. Mempromosikan Inap Dusun kepada pelancong
    II. Mempromosikan aktiviti spa tradisional dan makanan organik
    III. Mempromosikan aktiviti *Nature Edu Camp* di Sg. Kedondong,

    3) Peruntukan yang akan dimohon adalah permohonan peruntukan naiktaraf kemudahan asas di Hutan Pelajaran Sg. Kedondong seperti

    I. Baik Pulih Gazebo
    II. Naiktaraf Papan Tanda
    III. Pencahayaan (Lampu) dan lain-lain

Lampiran

Tiada Lampiran.