Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

15) ISU COVID-19

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Memandangkan kes COVID-19 positif semakin meningkat, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengetatkan SOP, khususnya di tempat orang ramai berkumpul seperti presmis makanan, pasaraya, kompleks beli-belah dan tempat sembahyang?

    Kerajaan Negeri mengambil perhatian yang serius berhubung peningkatan kes positif Covid-19 yang berlaku mutakhir ini. Seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan, peningkatan mendadak kes positif Covid19 ini berpunca daripada gelombang varian Omicron yang sedang melanda negara ini.

    Pada 8 Mac 2022 yang lalu, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa Malaysia akan memasuki Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ bermula pada 1 April 2022. Fasa ini merupakan fasa sementara sebelum negara beralih ke fasa endemik yang mana ia tertakluk kepada pengumuman yang hanya boleh dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    Justeru, SOP yang akan dipakai di seluruh negara bermula pada 1 April 2022 ini adalah berdasarkan kepada SOP yang tertakluk di bawah Fasa Peralihan Ke Endemik.

    Seperti yang kita maklum, bidang kuasa bagi mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) di tempat-tempat awam secara khusus bukan berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri sebaliknya berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

    Walaupun begitu, Kerajaan Negeri akan tetap meneruskan dan meningkatkan usaha advokasi dan kempen kesedaran awam dalam memastikan masyarakat sentiasa mematuhi SOP dalam menjalani aktiviti seharian

Lampiran

Tiada Lampiran.