Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
12) APAKAH KRITERIA PEMBERIAN GERAN MBI
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kriteria yang digunakan oleh MBI dalam memberi geran kepada badan-badan kebajikan?
Terdapat dua (2) jenis dana sumbangan di MBI iaitu :-
i. Dana CSR MBI
ii. Wakalah Zakat MBI (Agihan semula zakat 3/8)Bagi dana CSR MBI, pemohon mestilah beralamat/beroperasi di Selangor serta permohonan yang dipohon adalah berkaitan kategori berikut :-
i. Pendidikan
ii. Syariat & Syiar Islam
iii. Pendemokrasian & Pembangunan Komuniti
iv. Khas (Bencana Alam & Musibah)
v. Perayaan bukan Islam
vi. Sukan/Alam Sekitar/Seni/BudayaBagi dana Wakalah Zakat MBI, pemohon mestilah beralamat/beroperasi di Selangor serta tergolong dalam kategori asnaf berikut :-
i. Asnaf fakir/miskin
ii. Asnaf fisabilillah/ghariminSetiap permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Kerja Tanggungjawab Sosial Korporat (JKTSK) dan Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan Zakat (JKPZ) yang terdiri daripada Pengurusan MBI serta wakil daripada Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor dan Lembaga Zakat Selangor (LZS). Mesyuarat ini akan dijalankan sekali pada setiap bulan.
-
Apakah keistimewaan diberikan kepada PEKAWANIS?
PEKAWANIS merupakan sebuah badan NGO di mana pertubuhan ini dipengerusikan oleh isteri YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dan ahli-ahlinya terdiri daripada ADN Wanita Selangor, isteri ADN Selangor, isteri Ahli Dewan Negara Selangor, isteri Speaker dan Timbalan Speaker di dalam kerajaan yang memerintah.
Fokus utama pertubuhan ini adalah untuk melibatkan isteri ADN Selangor dalam program kemasyarakatan negeri Selangor selaras dengan moto PEKAWANIS iaitu ‘Sentiasa Peka Dengan Kebajikan Rakyat’.
Objektif PEKAWANIS adalah untuk membantu rakyat terutamanya asnaf wanita, ibu tunggal dan golongan B40 di negeri Selangor meliputi semua kawasan untuk menjadikan kehidupan mereka lebih baik dan membantu mengikut keperluan mereka.
Selain itu, PEKAWANIS juga ada menguruskan satu pusat perlindungan remaja wanita iaitu Rumah Puteri Arafiah dengan 18 kakitangan yang bertanggungjawab untuk menjaga 32 orang pelatih setakat ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, bolehlah layari www.pekawanis.com
-
Senaraikan pemberian MBI kepada PEKAWANIS sepanjang tahun 2020-2021.
Sumbangan MBI kepada PEKAWANIS bagi tahun 2020 dan 2021 seperti perincian berikut;