Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
10) PEMBINAAN JALAN FR05 SABAK BERNAM
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah Projek Naik Taraf Jalan FR5 akan siap sepenuhnya dan adakah ianya berjalan seperti yang dirancang?
Projek Menaiktaraf Jalan FR05 dijangka siap sepenuhnya pada 26 Mac 2022.
-
Berapakah jumlah keseluruhan Projek ini?
Kos pembinaan adalah berjumlah RM 708,928,000.00.
-
Adakah Kerajaan Negeri menyediakan sebarang peruntukan tambahan untuk meningkatkan tahap keselamatan jalan?
Tiada sebarang peruntukan tambahan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri memandangkan projek ini adalah di bawah pelaksanaan Kerajaan Persekutuan