Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
8) GARIS PANDUAN PENGUBAHSUAIAN RUMAH TERES KEPADA ASRAMA PELAJAR/AIRBNB
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan progres penggubalan Garis Panduan Pengubahsuaian Rumah teres kepada Asrama Pelajar / AirBNB.
Cadangan Garis Panduan Bagi Menjalankan Aktiviti Penginapan Komersial di Bangunan Kediaman (Rumah Penginapan) telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Bilangan 3/2020 pada 13 Oktober 2020. Pelbagai perbincangan bersama para agensi serta stake holder yang berkenaan telah diadakan bagi mendapatkan ulasan serta pandangan yang lebih holistik. Setelah mengambil kira maklum balas tambahan daripada pelbagai pihak, draf garis panduan kini sedang diperhalusi oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum dibentangkan semula dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk pertimbangan kelulusan. Garis Panduan ini akan dimuktamadkan dalam masa yang terdekat.