Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

281) BANJIR LUMPUR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri kepada pemaju perumahan untuk menangani masalah banjir disetiap tapak pembinaan jika berlakunya hujan lebat yang mengakibatkn banjir?

    Setiap kawasan pembangunan baharu perlu mendapatkan kelulusan kerja tanah dari pihak PBT bagi memastikan pihak pemaju mematuhi syarat-syarat kelulusan mengikut Akta Jalan,Parit Dan Bangunan 1974 (Akta133). Antara langkah yang diambil oleh PBT bagi menangani masalah banjir di setiap tapak pembinaan jika berlakunya hujan lebat adalah dengan mengadakan lawatan bersama dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran ke tapak-

    tapak pembinaan bagi memantau dan menyemak pematuhan syarat-syarat pembinaan kerja tanah sama ada dipatuhi atau tidak di tapak projek.

    Setiap cadangan pemajuan yang dikemukakan untuk kelulusan perlu mematuhi syarat dan keperluan jabatan-jabatan teknikal berkaitan. Pihak pemaju juga bertanggungjawab untuk mengenalpasti tapak cadangan dan sistem perparitan persekitaran serta mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi masalah banjir.

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan kepada pemaju yg tidak mengikut spesifikasi pembangunan di setiap tapak kawasan pembinaan baru?

    PBT boleh mengeluarkan Arahan Berhenti Kerja (Stop Work Order) dan kompaun dibawah Akta 70(A) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta133) yang melibatkan kompaun maksimum sehingga RM25,000.00 sekiranya syarat yang ditetapkan gagal dipatuhi oleh pihak pemaju. Pihak pemaju perlu melaksanakan tindakan pembersihan bagi kawasan yang terlibat dengan masalah banjir seperti kerja-kerja selenggara dan pembaikan kolam perangkap lumpur atau kolam takungan serta langkah mitigasi dicadangkan melalui jurutera perunding.

Lampiran

Tiada Lampiran.