Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
277) KOMPLEKS HOSPITAL TANJONG KARANG
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini pembinaan Hospital Tanjong Karang?
Projek pembinaan Hospital Tanjung Karang dengan kapasiti 150 katil telah mencapai kemajuan fizikal sebenar sebanyak 96.2% sehingga 31 Oktober 2021 iaitu mengikut jadual kemajuan projek dan dijangka siap pada 16 Mac 2022.
-
Adakah berlaku kenaikan kos pembinaan dan apakah faktornya?
Tiada berlaku kenaikan kos pembinaan sehingga kini.