Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

272) KAWASAN PELANCONGAN KOMUNITI DI DENGKIL

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk menjadikan Bukit Unggul, Dengkil sebagai tempat riadah untuk aktiviti sukan pemotoran lasak dan pendaki?

    MP Sepang tiada halangan untuk Bukit Unggul dijadikan sebagai tempat riadah untuk aktiviti sukan permotoran lasak dan pendaki. Namun, perkara ini tertakluk kepada permohonan daripada pihak-pihak tertentu memandangkan kawasan tersebut adalah tanah milik persendirian.

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam melestarikan Paya Indah Wetland Dengkil sebagai kawasan pelancongan dan pemeliharaan sumber alam sekitar?

    Lokasi Paya Indah Wetlands (PIW) adalah terletak di Bukit Changgang dan         berhampiran dengan projek pembangunan Bandar Gamuda Cove. Keluasan         PIW adalah 2,169 ekar dimana tanah adalah milik Kerajaan Negeri Selangor dan       pengurusan PIW oleh Jabatan Pelindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara     (PERHILITAN)

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke 33/2021 bertarikh 9 Oktober 2021 telah meluluskan cadangan pembangunan semula Paya Indah Wetlands (PIW) oleh pihak Gamuda Discovery Wetlands Sdn. Bhd (DWSB) sebagai kawasan pelancongan.

    Pihak DWSB akan menyelenggara dan menaiktaraf kemudahan dalam kawasan PIW. Pihak DWSB juga akan menyediakan pakej-pakej pelancongan untuk pengunjung yang memasuki PIW dan hasil pendapatan daripada kutipan tiket akan dikongsi pendapatannya bersama kerajaan negeri dan DWSB.

    Aktiviti yang boleh dilakukan seperti perkhemahan , berjalan mengelilingi PIW, memancing, menunggang kuda, menaiki belon panas, menaiki bot mengelilingi tasik , memberi makan kepada haiwan dan memerhati burung. Kemudahan yang disediakan adalah rumah penginapan dan kafeteria.

    Semakan semula semua terma dan syarat perjanjian termasuk kadar         perkongsian akan dilaksanakan setiap 5 tahun sekali iaitu pada tahun 2026,2031  dan 2036.

Lampiran

Tiada Lampiran.