Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

264) PINTASAN JALAN (TELIPOT-RAWANG BYPASS)

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Populasi di kawasan Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa semakin pesat oleh penduduk dan sering menyebabkan kesesakan di kawasan Masjid serta Sekolah Rendah Bukit Sentosa. Apakah langkah kerajaan dalam mewujudkan pintasan laluan daripada Jalan Telipot, Bukit Sentosa ke Rawang bypass?

    Jalan pintasan yang dimaksudkan melibatkan jalan di kawasan perumahan dibawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan,PBT. Walaubagaimanapun terdapat permohonan untuk menaiktaraf jalan sedia ada iaitu Jalan Persekutuan di bawah bidang kuasa JKR di kawasan berhampiran iaitu Jalan Persekutuan FT3208 dan Jalan Persekutuan FT1208 sehingga ke persimpangan Jalan Persekutuan FT01. Permohonan untuk menaiktaraf jalan ini telah dipohon ke Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia di bawah Rolling Plan 4, RMKe-11 tetapi tidak diluluskan. Ianya telah dipohon semula dalam Rolling Plan 1, RMKe-12.

     

    Selain itu, permohonan pembinaan jalan baru dari Jalan Persekutuan FT3208 ke Jalan 132 kaki di Kawasan UMW High Value Manufacturing Park (UMW HVMP) sepanjang 1.2 km dengan kos RM 121 juta telah mendapat kelulusan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan sedang dalam proses rekabentuk oleh Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.