Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
259) UNDANG-UNDANG KECIL BERKENAAN PENJUALAN ARAK
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah undang-undang kecil yang berkenaan dengan dengan larangan umat Islam dariapda terlibat secara langsung dalam aktiviti industri arak seperti pekerja di kilang arak, pengangkutan, penjualan arak di kedai runcit dan sebagainya?
Di bawah Undang-Undang Kecil PBT, tiada peruntukan khusus berkenaan larangan umat Islam daripada terlibat secara langsung dalam aktiviti industri arak. Walau bagaimanapun, dalam memastikan kawalan ke atas penjualan arak, Kerajaan Negeri telah menetapkan satu kaedah secara Kawal Selia Sendiri (Self Regulatory) bagi penjualan minuman beralkohol di setiap PBT seperti berikut:
i) Mensyaratkan peniaga meletakkan papan tanda larangan menjual minuman beralkohol bagi orang islam yang berumur 21 tahun ke bawah;
ii) Menampal poster larangan menjual minuman beralkohol kepada orang islam di pintu/ dinding depan premis;
iii) Mensyaratkan waktu operasi penjualan minuman keras mengikut waktu yang dibenarkan. Contohnya sehingga jam 12.00 malam; dan
iv) Mensyaratkan peniaga untuk memastikan pelanggan tidak minum minuman keras di hadapan premis dan tempat terbuka; dan
v) Mengasingkan minuman beralkohol dengan minuman/ makanan lain.
Untuk makluman YB, kesalahan bagi umat islam yang terlibat secara langsung dengan arak boleh dirujuk di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 di bawah Seksyen 18 (1) dan (2).