Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

258) KEKURANGAN TEMPAT LETAK KENDERAAN KLINIK KESIHATAN DENGKIL

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu kesesakan tempat meletak kenderaan di Klinik Kesihatan Dengkil?

    Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sepang telah memohon RM400 ribu untuk menaiktaraf dan menambah 30 lot parkir di Klinik Kesihatan Dengkil pada tahun 2021. Kos ini mengambilkira keadaan tanah di lokasi klinik setelah mendapatkan nasihat pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

  2. Apakah tahap perkembangan terkini bagi projek Klinik Kesihatan Dengkil yang baharu?

    Untuk makluman, projek pembinaan baharu Klinik Kesihatan (Jenis 3) Dengan Kuarters Timah Langat sedang dalam tindakan agensi pelaksana Jabatan Kerja Raya (JKR). Pihak Cawangan Kerja Kesihatan (CKK), Ibu Pejabat JKR Malaysia memaklumkan bahawa tarikh iklan projek ialah pada 27 Januari 2022.

     

    Maklumat tambahan : MP Sepang

    Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru Negeri Selangor bil.01/2021 bertarikh 07 Oktober 2021 telah meluluskan:-

     

    BIL TAJUK PROJEK ANGGARAN PERUNTUKAN

     

    1 Kerja – Kerja Menaiktaraf Kawasan Lapang Kepada Tempat Letak Kenderaan Di Jalan Klinik Kampung Baru Dengkil Untuk Majlis Perbandaran Sepang Tahun 2021

     

     

    48,830.00

     

    Butiran dan status terkini kerja-kerja seperti berikut:

    1. Tarikh Iklan Sebutharga : 07 Oktober 2021;
    2. Tarikh Tutup Iklan Sebutharga : 14 Oktober 2021; dan
    3. Tarikh Perolehan : 15 November 2021.

     

    b)         Terdapat satu tapak baru untuk Klinik Kesihatan di kawasan Dengkil iaitu di atas Lot  PT 48743 seluas 4.877 ekar milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang kini dalam proses kelulusan pelan pembangunan di peringkat Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.