Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

257) PASUKAN /TASK FORCE COVID-19 SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah pasukan atau task force Covid-19 Selangor masih lagi berfungsi dan berapa lamakah ianya akan diteruskan lagi?

    Penularan wabak Covid-19 telah menyebabkan krisis ekonomi dan sosial yang berpanjangan yang turut melibatkan nyawa dan jiwa rakyat Malaysia, amnya dan negeri Selangor, khususnya. Langkah yang tepat dan sumber yang mencukupi adalah penting bagi memastikan kesejahteraan rakyat dapat dipulihkan. Menyedari hakikat ini, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang lebih proaktif dan bersepadu dalam usaha menjaga kebajikan dan kemakmuran ekonomi negeri. Ini dibuktikan melalui penubuhan Selangor Task Force COVID-19 (STFC) pada 12 Mac 2020.

    Walau bagaimanapun, susulan daripada peralihan Covid-19 kepada fasa endemik pada akhir tahun ini disamping kadar vaksinasi yang semakin baik, objektif penubuhan STFC dilihat perlu diperluas kepada situasi pasca pandemik Covid-19 di samping memastikan peristiwa seumpama ini dapat ditangani dengan lebih berkesan. Justeru itu, Kerajaan Negeri akan memperkenalkan Majlis Penasihat Kesihatan

    Awam Negeri Selangor (SelPHAC) sebagai penjenamaan semula STFC. SelPHAs yang berperanan membantu Kerajaan Negeri Selangor merancang dan melaksana program berkaitan kesihatan awam membincangkan dan mencadangkan penyelesaian isu-isu semasa yang timbul berkaitan kesihatan awam akan dianggotai oleh pakar-pakar berkaitan kesihatan awam disamping wakil daripada Pentadbiran Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.