Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

253) KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS)

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk menambah kuota bagi program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) ekoran daripada ramai yang terjejas akibat daripada Wabak COVID-19?

    Dijawab bersama soalan no.233

    Bagi kuota penerima Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), Kerajaan Negeri masih mengekalkan bilangan kuota sedia ada di DUN masing-masing buat masa ini tanpa sebarang penambahan atau pengurangan bagi mana-mana DUN. Saya berharap agar Yang Berhormat sekalian dapat meneliti kembali kelayakan penerima-penerima KISS di DUN masing-masing, terutamanya yang telah menerima KISS sejak tahun 2018 bermulanya pelaksanaan program ini, agar dapat memberi peluang kepada penerima baharu yang sememangnya layak dan memenuhi kriteria.

Lampiran

Tiada Lampiran.