Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

249) PEMUTIHAN KILANG HARAM DI SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pemutihan kilang haram di Selangor khususnya di Daerah Kuala Langat?

    Sehingga 31 Oktober 2021, sebanyak 27 permohonan tukar syarat di bawah Seksyen 124(1)(a)(c) Kanun Tanah Negara telah diterima oleh Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 22 permohonan telah diluluskan dan 5 permohonan telah ditolak kerana terletak di luar zon industri. Jumlah premium yang telah dikutip adalah RM7,294,140.00.

    Sehingga 31 Oktober 2021, Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat ini telah mengeluarkan sebanyak enam (6) Notis 7A (Notis Untuk Memulih Pelanggaran Syarat) kepada pemilik Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) yang didaftarkan dalam inventori KTK Daerah Kuala Langat. Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat juga sedang menggiatkan lagi tindakan pengeluaran Notis 7E (Notis Supaya Menunjukkan Sebab Mengenai Pengenaan Denda) kepada pemilik-pemilik KTK khususnya di kawasan perindustrian Telok Mengkuang, Mukim Telok Panglima Garang, Daerah Kuala Langat.

Lampiran

Tiada Lampiran.