Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

245) PANGSAPURI TAMAN TELUK GEDUNG INDAH, PELABUHAN KLANG

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah strategi Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan isu tersebut selepas pihak KPKT hanya meluluskan peruntukan sebanyak RM124,000.00 daripada RM5.75 Juta?

    Pihak Majlis telah membuat permohonan baru kepada KPKT pada 28 Oktober 2021 yang lalu melibatkan pembaikan bumbung, apprance dan sistem elektrikal. Sekiranya permohonan ini tidak diluluskan pihak MPK akan berbincang untuk tindakan selanjutnya dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk tindakan selanjutnya.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk menyerap kos keseluruhan tersebut sekiranya pihak KPKT enggan meluluskan jumlah penuh yang diperlukan?

    Pihak Majlis tiada kemampuan untuk menyerap kos keseluruhan disebabkan oleh bebanan kewangan serta tiada peruntukan yang disalurkan secara khusus ke atas Pangsapuri Teluk Gedung Indah. Ini memandangkan pihak MPK perlu melihat juga kepada keseluruhan 1,665 skim pemajuan berstrata merangkumi kediaman, perdagangan dan bercampur yang mana sebanyak 251 skim daripadanya adalah skim kediaman iaitu termasuk 51,610 petak terdiri daripada jenis kos rendah dan sederhana rendah.

Lampiran

Tiada Lampiran.