Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
243) PEMULIHARAAN PANTAI
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha yang dilakukan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah hakisan pantai?
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS) telah menerima peruntukan sebanyak RM18.91 Juta di bawah Kerajaan Negeri dan sebanyak RM42 Juta daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi menangani masalah hakisan pantai dan fenomena air pasang besar.
Selain itu, pihak Kerajaan Negeri melalui JPS akan sentiasa memastikan keadaan pantai di Negeri Selangor dalam keadaan baik dan terkawal dari permasalahan seperti hakisan pantai.
-
Berapakah jumlah pantai peranginan yang terdapat di negeri Selangor?
Terdapat 18 pantai peranginan yang telah dikenal pasti di Negeri Selangor. Berikut adalah senarai pantai:
Bil. Nama Pantai Daerah 1. Pantai Bagan Lalang Sepang 2. Pantai Morib Kuala Langat 3. Pantai Batu Laut Kuala Langat 4. Pantai Kelanang Kuala Langat 5. Pantai Tanjung Sepat Kuala Langat 6. Pantai Cunang Kuala Langat 7. Pantai Tg. Rhu, Pulau Carey Kuala Langat 8. Pantai Tanjung Harapan Klang 9. Pantai Achech Klang 10. Pantai Tanjung Piai Klang 11. Pantai Remis, Kuala Selangor Kuala Selangor 12. Pantai Sg. Kajang Tanjung Karang Kuala Selangor 13. Pantai Jeram Kuala Selangor 14. Pantai Parit 4 Sekinchan Kuala Selangor 15. Pantai Sg. Haji Dorani Sabak Bernam 16. Pantai Redang Sabak Bernam 17. Pantai Batu 23 Sg. Nibong Sabak Bernam 18. Pantai Bagan Nakhoda Omar Sabak Bernam -
Apakah usaha kerajaan negeri bagi membangunkan pantai peranginan baharu?
Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mempunyai kawasan seliaan pantai peranginan seperti Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Kuala Langat, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan Majlis Daerah Sabak Bernam telah membuat perancangan rapi, melalui penyelenggaraan secara berkala dari segi infrastruktur awam yang melibatkan kemudahan asas seperti tandas, surau, medan selera, taman permainan, lampu jalan, papan tanda dan landskap. Kerja-kerja pembersihan awam disekitar pantai telah dilaksanakan secara berjadual dengan melantik kontraktor yang dilantik. Beberapa tarikan tambahan juga telah diletakkan yang berkonsepkan ‘Photo Booth’, dekorasi, serta tempat mengambil gambar yang menarik bagi mencantikkan lagi kawasan pantai peranginan tersebut.
Di samping itu, Kerajaan Negeri melalui pihak Tourism Selangor sentiasa mengadakan program serta aktiviti promosi di dalam dan luar negara bagi memasarkan produk-produk pelancongan yang sedia ada termasuk produk pelancongan di kawasan persisiran pantai di Negeri Selangor. Antara produk-produk pelancongan yang menjadi perhatian adalah seperti Golden Palm Tree (Sepang Gold Coast), Morib Gold Coast dan Kelong Paradise Sabak Bernam menjadi antara produk yang menjadi pilihan pelancong tempatan dan antarabangsa. Promosi-promosi ini meliputi penyertaan dalam pameran pelancongan domestik dan antarabangsa, penerbitan pelancongan, promosi digital dan media sosial.
NOTA TAMBAHAN SOALAN A
i) Peruntukan Pembangunan P13
BIL PROJEK/PANTAI KOS (RM) SKOP KERJA STATUS 1. Menaiktaraf Benteng di Sg. Leman 5,000,000.00 Menaiktaraf ban sepanjang 5km Kerja ukur siap dan diperingkat rekabentuk dalaman Jangkaan Tender: Jun 2022
2. Menaiktaraf Benteng di Pantai Sekendi 3,060,030.00 Menaiktaraf ban sepanjang 4km. Kerja ukur siap dan diperingkat rekabentuk dalaman Jangkaan Tender: November 2022
3. Menaiktaraf Benteng di Sg. Pulai 3,050,030.00 Menaiktaraf ban sepanjang 3.5km Kerja ukur siap dan diperingkat rekabentuk dalaman Jangkaan Tender: November 2022
4. Menaiktaraf Benteng di Kg. Sungai Yu 3,000,000.00 Menaiktaraf ban sepanjang 6km Diperingkat rekabentuk oleh perunding Jangkaan Tender: Februari 2022
5. Menaiktaraf Benteng Parit 4 Sekinchan 3,000,000.00 Kerja membina struktur penahan hakisan sepanjang 2.5km Diperingkat rekabentuk oleh perunding Jangkaan Tender: Februari 2022
6. Menaiktaraf Struktur dan Ban Pantai di Tg Rhu (Fasa 2) 300,000.00 Membina groynes @ training wall sepanjang 200m Jangkaan Tender 2022 7. Kajian Keberkesanan Benteng Pantai Negeri Selangor ke atas Perubahan Aras Laut 1,500,000.00 Kajian keberkesanan benteng Pantai Negeri Selangor Dalam proses penilaian perunding JUMLAH (RM) 18,910,00.00 ii) Peruntukan Persekutuan -Fenomena Air Pasang Besar
BIL PROJEK/PANTAI KOS (RM) SKOP KERJA STATUS 1. Kerja – Kerja Pengawalan Hakisan Pengukuhan Benteng Persisiran Pantai Sungai Apong, Benteng Kepah dan Sg. Lang Daerah Sabak Bernam 6,500,000.00 Menaiktaraf ban sepanjang 6.6km Kerja ukur siap dan diperingkat rekabentuk dalaman Jangkaan Tender: September 2022
2. Projek Kawalan Hakisan Dan Memperkukuhkan Benteng Pantai Di Sg. Hj. Dorani, Daerah Sabak Bernam, Selangor 2,500,000.00 Menaiktaraf ban sepanjang 0.8km Kerja ukur siap dan diperingkat rekabentuk dalaman Jangkaan Tender: Oktober 2022
3. Kerja-kerja Projek Kawalan Hakisan Dan Memperkukuhkan Benteng Pantai Di Pantai Batu 23, Daerah Sabak Bernam, Selangor 2,500,000.00 Menaiktaraf ban sepanjang 0.8km Kerja ukur siap dan diperingkat rekabentuk dalaman Jangkaan Tender: Oktober 2022
4. Kerja-kerja Projek Kawalan Hakisan Dan Memperkukuhkan Benteng Pantai Di kg. Seri Sentosa, Daerah Sabak Bernam, Selangor 3,000,000.00 Menaiktaraf ban sepanjang 1.75km Kerja ukur siap dan diperingkat rekabentuk dalaman Jangkaan Tender: September 2022
5. Projek Kawalan Hakisan Dan Memperkukuhkan Benteng Pantai Di Kawasan Kg. Lembah Pantai Sg. Kajang Tanjung Karang, Daerah Kuala Selangor 6,000,000.00 Menaiktaraf ban sepanjang 2.0km Kerja ukur siap dan diperingkat rekabentuk dalaman Jangkaan Tender: November 2022
6. Kerja-kerja Projek Kawalan Hakisan Dan memperkukuhkan Benteng Pantai Di Kg. Sungai Janggut dan Kg. Tok Adam, Kuala Selangor 6,000,000.00 Menaiktaraf ban sepanjang 3.0km Kerja ukur siap dan diperingkat rekabentuk dalaman Jangkaan Tender: September 2022
7. Kerja-kerja Menaiktaraf Tebing Hakisan Pantai Bagi Mengatasi Fenomena Air Pasang Besar Di Tok Muda dan Kg. Sg. Serdang, Daerah Klang 6,000,000.00 Menaiktaraf ban sepanjang 6.0km Kerja ukur siap dan diperingkat rekabentuk dalaman Jangkaan Tender: November 2022
8. Kerja-kerja fizikal bagi Kerja-kerja Menaiktaraf Tebing Hakisan Pantai Bagi Mengatasi Fenomena Air Pasang Besar Di Pantai Kelanang, Pantai Cunang, Tg. Sepat, Pulau Carey, Daerah Kuala Langat 9,500,000.00 Menaiktaraf ban sepanjang 1.5km Kerja ukur siap dan diperingkat rekabentuk dalaman Jangkaan Tender: November 2022