Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

217) PERPUSTAKAAN KUALA LANGAT DI BANTING

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kemajuan fizikal sehingga 31 Julai 2021 ialah 95% berbanding dengan 98% seperti yang dijadualkan dengan kelewatan hampir sebulan. Dua EOT telah diberi. Apakah status sekarang serta berapakah rayuan telah dikemukakan kepada MITI sebelum ini?

    Status terkini kerja-kerja naik taraf Perpustakaan Daerah Kuala Langat:-

    Kemajuan Fizikal (sehingga 31.7.2021)
    Semasa 94.84%
    Jadual 98.09%
    Lewat 3.25%     (25 hari )

     

    Peratusan siap kerja di tapak mengikut pecahan kerja adalah seperti berikut:-

    Bil Spesifikasi Peratus Siap
    Kemasan siling 100%
    Kemasan dinding 100%
    Kerja luaran 100%
    Kerja Mekanikal & Elektrikal 98%

     

     

    Maklumat tambahan:-

    Bil Perkara Maklumat
    1 Nama Projek Cadangan Menaiktaraf Perpustakaan Awam Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan
    2 No Kontrak JKR/SEL/651/2019
    3 Maklumat Kontraktor TALIAN KURNIA SDN BHD
    4 No. Pendaftaran CIDB 0120060711-SL109881
    5 Gred/ Taraf G5
    6 Tarikh Milik Tapak 8 MAC 2019
    7 Tarikh Siap Asal 4 MAC 2021
    8 Tempoh Kontrak Asal 104 MINGGU
    9 Tarikh Siap Semasa EOT No.1

    26 Jun 2021 (114 hari -PKP 1.0)

    EOT No.2

    25 Ogos 2021 (60 hari – PKP 3.0)

    EOT No. 3

     

     

     

     

    Makluman semasa projek:-

    Untuk makluman, kemajuan projek ini adalah lewat 25 hari daripada jadual, Kelewatan projek adalah disebabkan :

    1. Arahan Perintah Kawalan Pergerakan selaras dengan ketetapan kerajaan.
    2. Permohonan/Rayuan pihak kontraktor untuk menjalankan kerja tidak diluluskan oleh pihak MITI kerana projek dikategorikan tidak kritikal.
    3. Terdapat keperluan untuk mengunapakai kawasan dataran kejat PPAS Kuala Langat untuk dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seperti yang      telah dipersetujui dalam Mesyuarat Pelarasan pada 16 Julai 2021
    4. Walaubagaimanapun, J/kuasa Pengurusan Bencana Daerah telah memutuskan untuk membatalkan perancangan tersebut pada 12 Ogos

Lampiran

Tiada Lampiran.