Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

213) INISIATIF FTTIS (KENAL PASTI, PENGUJIAN, PENGESANAN, KUARANTIN DAN SOKONGAN) DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor masih menitikberatkan FTTIS (kenal pasti, pengujian, pengesanan, kuarantin dan sokongan) pada pengalihan ke fasa endamik ketika ini?

    Inisiatif FTTIS masih dititiberatkan di Selangor, selaras dengan hasrat kerajaan   melalui KKM untuk terus melandaikan keluk epidemik COVID-19 di peringkat  nasional.

  2. Sekiranya, terangkan inisiatif yang masih sedang diteruskan kerajaan berdasarkan FTTIS?

    Inisiatif yang masih diteruskan berdasarkan FTTIS :

     

    1. Ujian saringan dengan penggunaan kit ujian pantas (RTK) menggunakan samada air liur (saliva) ataupun calitan hidung (nasal swab) sedang diperluaskan. Kita menggalakkan orang ramai terutamanya yang mempunyai gejala agar segera melakukan ujian kendiri melalui konsep TRIS (test, report, isolate and seek).
    2. Individu-individu yang bergejala kini boleh menjalankan saringan kendiri (test) menggunakan kit ujian Covid-19. Seterusnya, ujian kendiri yang dilakukan ini perlu dilaporkan (report) melalui aplikasi MySejahtera ataupun kepada mana-mana klinik kesihatan berdekatan (bagi yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera). Isolasi kendiri (isolate) perlu dilakukan dengan segera sementara menanti tindakan selanjutnya dari pihak kesihatan. Sekiranya bergejala teruk, individu berkenaan perlu segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan (seek) tanpa berlengah.
    3. Pihak JKN Selangor juga sedang memperhebat pemantauan di insitusi-institusi pendidikan yang telah memulakan sesi pembelajaran. Pihak JKN Selangor bekerjasama dengan insitusi-insitusi ini bagi membantu menasihati pelaksanaan SOP yang dikeluarkan terutamanya melibatkan saringan, seterusnya melakukan aktiviti pemantauan pematuhan SOP.

     

  3. Adakah terdapat garis panduan lain menghadapi fasa endamik? Terangkan.

    Masih belum terdapat garis panduan atau SOP khusus bagi menghadapi fasa    endemik yang dikeluarkan di peringkat nasional. Sekiranya garis panduan  tersebut dikeluarkan, ianya akan digunakan secara rasmi sebagai panduan        menghadapi fasa endemik bagi negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.