Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

212) PENYELENGGARAAN TASIK COVA

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut ?

    JPS telah melantik perunding bagi melaksanakan Kajian Kolam Takungan Dan Saliran Di Tadahan Tasik Cova dan kajian tersebut telah pun disiapkan pada awal Ogos 2021. Skop kajian merangkumi perkara berikut:

    1. Mengkaji kapasiti kolam sediada dan sistem saliran di kawasan sekitar sebagai salah satu komponen mitigasi banjir.
    2. Mencadangkan rekabentuk sistem saliran dan pengurusan air larian yang sesuai bagi keseluruhan kawasan tadahan Tasik Cova serta jadual keperluan penyelenggaraan.
    3. Mengkaji tahap kualiti air di kawasan tadahan Tasik Cova.

    Jabatan Pengairan dan Saliran akan membuat pembentangan hasil kajian tersebut dalam mesyuarat Mesyuarat Tindakan Negeri Selangor (MTES) dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dalam masa terdekat bagi mendapatkan kelulusan kerja-kerja pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan tadahan Tasik Cova seluas 75,127 meter persegi. Kerja-kerja pemeliharaan dan pemuliharaan Tasik Cova dianggarkan melibatkan kos RM19 juta. Pelaksanaan projek ini tertakluk kepada kelulusan daripada Kerajaan Negeri.

    JPS juga akan mewartakan Tasik Cova sebagai Kolam Takungan bagi memastikan peruntukan penyelenggaraan Tasik Cova ini disenaraikan di dalam program penyelenggaraan tahunan  JPS.

Lampiran

Tiada Lampiran.