Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

211) PENYELESAIAN TAPAK SAMPAH HARAM DI DUN DENGKIL

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor bagi membendung tapak sampah haram dan pembakaran terbuka di Kampung Revolusi Hijau Dengkil, Kampung Sungai Melut Dengkil dan Sierra 16 Puchong?

    Status tapak sampah haram di Kampung Revolusi Hijau, Dengkil adalah di luar kawasan pentadbiran MP Sepang. Tindakan yang boleh diambil oleh pihak MP Sepang adalah proses sitaan lori/ jentera yang terlibat serta menjalankan operasi pembersihan dan mengorek laluan masuk di lokasi. Walau bagaimanapun, status pemindahan pentadbiran tanah tersebut masih belum mendapat maklumbalas daripada pihak Pejabat Daerah/ Tanah Sepang.

     

    Tapak pelupusan sampah di Sg. Melut adalah berstatus “Sakai Reserve” dan kawasan ini turut berada di luar kawasan pentadbiran MP Sepang namun tapak tersebut telah diarahkan tutup. Pihak MP Sepang telah menyita lori/jentera yang terlibat, meletakkan bongkah batu dan mengorek jalan disepanjang laluan masuk di tapak tersebut. MP Sepang telah menyita lori-lori sampah yang mengulangi operasi pembuangan sampah mereka di situ.

     

    Seterusnya, tapak pelupusan sampah di Sierra 16, Puchong merupakan tanah berstatus industri. MP Sepang telah memberi kebenaran pihak pengusaha untuk mengumpul bahan recycle namun telah disalahgunakan menjadi tapak pembuangan sampah sisa binaan dan pelbagai jenis bahan buangan lain. MPSepang telah mengarahkan pihak pingusaha menutup kawasan tersebut serta bongkah batu dan pintu pagar telah dipasang bagi menutup laluan ke kawasan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.