Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

210) SKIM AIR DARUL EHSAN

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pengguna yang memohon dan diluluskan untuk menerima skim tersebut?

    Sehingga Ogos 2021, jumlah permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE) yang diterima adalah sebanyak 258,080 dan jumlah permohonan yang diluluskan adalah sebanyak 229,778 iaitu 89% di mana jumlah ini termasuk akaun-akaun bekalan air yang telah bertukar pemilikan, ditamatkan dan memohon penamatan SADE kerana berpindah ke premis lain. Dengan mengambil kira penduduk rumah pangsa kos rendah dalam kategori meter pukal yang secara automatik layak mendapat air percuma di bawah SADE sebanyak 57,403 akaun, jumlah keseluruhan pengguna Negeri Selangor yang menikmati SADE adalah sebanyak 287,181 akaun.

  2. Berapakah jumlah perbelanjaan bagi melaksanakan skim tersebut sejak ia dilaksanakan?

    Sejak SADE dilaksanakan pada bulan Mac 2020, jumlah keseluruhan pembiayaan di bawah inisiatif ini sehingga bulan September 2021 adalah sebanyak RM51 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.