Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
208) MB INCOPORATED (MBI) 2
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan MB Incorporated agar perjawatan sedia ada dapat diwakili oleh semua bangsa dan agama selaras dengan konsep Keluarga Malaysia?
Setiap kekosongan jawatan di MBI adalah terbuka kepada semua calon yang berkelayakan tanpa mengira bangsa dan agama dan ia adalah selaras dengan konsep Keluarga Malaysia.
Pelantikan adalah berdasarkan kepada merit dan juga kesesuaian calon serta tiada diskriminasi perkauman yang diamalkan di MBI.
-
Berapakah peratus perbelanjaan mengurus berbanding jumlah pelaburan yang dibuat oleh MB Incorporated dan pendapatan MBI dari hasil pelaburan?
MBI Selangor ditubuhkan di bawah Menteri Besar Selangor (Enakmen No. 3 Tahun 1994) pada 21 September 1994 dengan objektif mentadbir aset dan pelaburan Kerajaan Negeri dan untuk mewakili Negeri Selangor dalam kegiatan ekonomi dan perniagaan yang berada di luar Bidang kuasa Kerajaan Negeri.
MBI Selangor juga berperanan untuk mempromosikan dan menyokong usaha pembangunan Kerajaan Negeri serta melaksanakan tanggungjawab sosial untuk Rakyat. Pada dasarnya, MBI Selangor adalah badan berkanun yang ditubuhkan untuk memacu aktiviti ekonomi dan sosial bagi pihak Kerajaan Negeri.
Hasil pendapatan MBI pada tahun berakhir 2020 dan suku tahun ketiga 2021 turut terkesan berikutan pandemik covid-19 yang melanda sejak tahun 2020. Walaubagaimanapun, MBI terus memberi sokongan kepada usaha pembangunan Kerajan Negeri serta melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap rakyat di mana sumbangan berjumlah RM86.59 juta telah disalurkan pada tahun 2020 dan RM50.96 juta telah disalurkan setakat suku tahun ketiga 2021.
Peratus perbelanjaan mengurus yang dibuat oleh MBI adalah berdasarkan kepada perancangan aliran tunai yang telah diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah MBI berdasarkan jumlah baki tunai yang boleh digunakan serta perancangan Kerajaan Negeri seperti berikut;
- menyalurkan peruntukan perbelanjaan operasi dan modal bagi memastikan kelancaran perjalanan operasi semasa MBI;
- menyalurkan sumbangan kepada program anjuran Kerajaan Negeri; dan
- membantu kelancaran aliran tunai anak-anak syarikat MBI di dalam menjalankan operasi perniagaan (apabila diperlukan).