Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
205) ANAK YATIM SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah kanak-kanak kehilangan ibu-bapa akibat penyakit COVID-19 di Negeri Selangor.
Untuk makluman Yang Berhormat Rawang, berdasarkan data Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, jumlah kanak-kanak atau murid yang kehilangan ibu bapa akibat Virus Covid-19 sehingga November 2021 di Negeri Selangor adalah seramai 1,818 orang dengan perincian kategori seperti berikut :
Bil Kategori Jumlah 1. Ibu & Bapa Meninggal Kerana Covid-19 56 2. Ibu Meninggal Kerana Covid-19 536 3. Bapa Meninggal Kerana Covid-19 1,195 4. Penjaga Meninggal Kerana Covid-19 31 Jumlah 1,818 Sumber : Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu golongan anak yatim ini?
Bagi memastikan kebajikan golongan anak yatim yang kematian ibu bapa disebabkan Covid-19 ini terbela, Kerajaan Negeri sedang dalam rangka tindakan untuk menyediakan dan menyalurkan bantuan kepada mereka yang terlibat. Kerajaan Negeri melalui Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dalam tindakan pengumpulan data serta maklumat lengkap daripada jabatan dan agensi lain berkaitan bagi memastikan bantuan yang disediakan kelak dapat dimanfaatkan selain membantu meringankan beban bagi meneruskan kehidupan.