Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

203) PERBEZAAN RUMAH SELANGORKU DAN RUMAH IDAMAN

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perbezaan Rumah Selangorku & Rumah Idaman?

    Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat beberapa perbezaan di antara Rumah Selangorku dan Rumah Idaman antaranya adalah dari segi jenis, keluasan, harga jualan dan spesifikasi. Perbezaan adalah seperti beikut :

     

    Bil Perkara Jenis Rumah
    Rumah Selangorku Rumah Idaman
    1. Jenis/ komponen 5     Jenis

     

    i)    Jenis A

    700 kaki persegi

     

    ii)   Jenis B

    750 kaki persegi

     

    iii)  Jenis C

    800 kaki persegi

     

    iv)  Jenis D

    900 kaki persegi

     

    v)   Jenis E

    950 – 1,000 kaki persegi

     

     

    1     Jenis

     

    i)    Jenis E (Khas)

    1,000 kaki persegi

    2. Harga Jualan i)    Jenis A

    RM 42,000.00

     

    ii)   Jenis B

    RM 100,000.00

     

    iii)  Jenis C

         RM 150,000.00

     

    iv)  Jenis D

    RM 200,000.00

     

    v)   Jenis E

    RM 250,000.00

     

    i)     Jenis E (Khas)

         RM250,000.00

    3. Spesifikasi Merujuk kepada garis panduan spesifikasi minima Rumah Selangorku 2.0 Dilengkapi perabot pasang siap seperti kabinet televisyen, kabinet dapur dan almari pakaian.

     

    Selain itu, barangan elektrik seperti penghawa dingin, peti sejuk, televisyen dan pemanas air pancuran.

     

    4. Pindaan Komponen Dikenakan Caj Pindaan Rumah Selangorku bagi pindaan Rumah Selangorku Jenis A dan Jenis B kepada jenis yang lain. Dikenakan Kontra/ serah sebanyak 13% daripada pindaan Rumah Selangorku Jenis A dan Jenis B kepada Rumah Idaman.
  2. Berapakah unit Rumah Selangorku & Rumah Idaman yang akan dibina mengikut perancangan Kerajaan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 31 Oktober 2021, sebanyak 121,551 unit Rumah Selangorku telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Daripada jumlah tersebut, sebanyak 24,428 unit Rumah Selangorku telah siap dibina, 16,655 unit sedang dalam pembinaan dan baki sebanyak 80,468 unit masih di dalam peringkat perancangan. Manakala bagi Rumah Idaman yang diperkenalkan pada 13 Julai 2020, sebanyak 42,992 unit telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri yang mana sebanyak 3,507 unit kini dalam pembinaan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.