Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

202) LEBUHRAYA PANTAI BARAT

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pelaksanaan dan pembinaan Lebuhraya Pantai Barat di bahagian Seksyen 1, 2 dan 3 memandangkan sehingga 25 Julai 2021, ianya masih belum melepasi paras 80%, manakala Seksyen 4 sudah menghampiri 100% lengkap?

    Sehingga 31 Oktober 2021, status terkini peratus kemajuan pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat bagi seksyen yang terlibat adalah seperti berikut:-

     

    Seksyen Lebuh Raya Peratusan Kemajuan Semasa
    Seksyen 1

    (Persimpangan Banting-Persimpangan SKVE)

    80.28%
    Seksyen 2

    (Persimpangan SKVE-Persimpangan SAE)

    68.12%
    Seksyen 3

    (Persimpangan SAE-NKVE/FHR)

    66.29%
    Seksyen 4

    (NKVE/FHR2-Persimpangan NNKSB)

    98.97%

     

    Punca utama kelewatan bagi seksyen 1, 2 dan 3 Lebuhraya Pantai Barat adalah disebabkan isu pengambilan tanah. Walaubagaimanapun, isu pengambilan tanah bagi Seksyen 1 dan 2 telah diselesaikan sepenuhnya dimana pada ketika ini, kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan.  Bagi Seksyen 3 pula, terdapat isu pengambilan tanah yang melibatkan lot-lot langgar syarat dimana pada ketika ini ianya masih diperingkat perbicaraan pengambilan tanah. Selain itu, kemajuan pembinaan lebuhraya turut terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) yang dikuatkuasakan Kerajaan bagi mengekang pandemik Covid-19.

     

    Pada masa kini, kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan melibatkan kerja tanah, pembinaan struktur dan jambatan, perparitan, cerun, turapan, kerja mekanikal dan elektrik, perabot jalan dan bangunan di bahagian yang telah selesai dibuat pengambilan tanah.

     

    Bagi Seksyen 4, walaupun kemajuan telah mencapai 98.97%, namun ianya tidak dapat dibuka kepada pengguna memandangkan akses keluar dan masuk ke Seksyen 4 ini adalah melalui Persimpangan Andalas di Seksyen 3 yang belum disiapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.