Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

200) STATUS TANAH PAJAKAN DAN LESEN MENDUDUKI SEMENTARA TANAH KERAJAAN

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah yang disenaraikan di Daerah Kuala Langat?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah Lesen Menduduki Sementara (TOL) di Daerah Kuala Langat yang telah diluluskan bagi tahun 2019 hingga 2021 adalah sebanyak 63 permohonan.

     

    Pada tahun 2019 sebanyak 28 kelulusan TOL telah diberikan. Manakala, bagi tahun 2020 sebanyak 27 kelulusan TOL telah diberikan dan sebanyak 8 kelulusan TOL telah diberikan pada tahun 2021. Jadual adalah seperti di Lampiran A.

     

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak  14 permohonan Pajakan Tanah Rizab Kerajaan di Daerah Kuala Langat telah diluluskan dari tahun 2019 hingga 2021. Perincian bilangan permohonan mengikut tahun adalah seperti di Lampiran A.

     

    Lampiran A

    Pecahan bagi Lesen Menduduki Sementara (TOL) bagi tahun 2019-2021

     

    Bil. Mukim 2019 2020 2021
    1. Tanjung Duabelas 21 21 8
    2. Telok Panglima Garang 1 0 0
    3. Morib 0 0 0
    4. Jugra 3 4 0
    5. Batu 1 0 0
    6. Kelanang 2 1 3
    7. Bandar 0 1 0
      Jumlah 28 27 8

     

     

    Pecahan bagi Pajakan Tanah bagi tahun 2019-2021

    Bil. Tahun Bilangan

    Permohonan

    Dalam Tindakan Lulus Tolak
    1. 2019 8 1 7  
    2. 2020 20 13 7  
    3. 2021 3 3    
      Jumlah 31      

     

     

  2. Apakah status tanah jeti di Kawasan Jajaran Port Limit Jalan Bandar Lama Carey, Telok Panglima Garang?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat tujuh (7) jeti terletak di kawasan jajaran Port Limit  Jalan Bandar Lama carey, Mukim Telok Panglima Garang. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 20/2017 pada 14 Jun 2017 telah meluluskan tujuh (7) permohonan Lesen Menduduki Sementara (TOL) di bawah Seksyen 65 Kanun Tanah Negara (KTN) ke atas tanah kerajaan (rizab sungai) di Daerah Kuala Langat bagi tujuan jeti komersil. MMKN ke 20/2017 juga telah memutuskan tanah-tanah tersebut dirizabkan bagi tujuan rizab pantai dengan melantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai Pegawai Pengawal serta Jabatan Pengairan dan Saliran sebagai Penyelenggara.

     

    Sehingga 31 Oktober 2021, sebanyak tiga (3) tapak jeti telah diwartakan, manakala empat (4) lagi tapak jeti masih dalam tindakan untuk pewartaan. Perincian senarai jeti dan status pewartaan jeti tersebut adalah seperti di Lampiran B.

     

    Lampiran B

    Status Tanah Jeti di Kawasan Jajaran Port Limit Jalan Bandar Lama Carey, Mukim Telok Panglima Garang

    Bil. Pemohon No. Lot / PT Status

     

    1. Grominent Sdn. Bhd. Lot 30859 Pentadbiran ini telah mengemukakan fail ke PTGS untuk tindakan penyiaran warta.

     

    2. Lim Piak Chai Lot 29010 Telah diwartakan melalui WKNS No. 2340 bertarikh 20.6.2019 seluas 11331 meter persegi Mukim Telok Panglima Garang.

     

    3. Lim Chon Huat Lot 29009 Telah diwartakan melalui WKNS No. 2340 bertarikh 20.6.2019 seluas 12141 meter persegi Mukim Telok Panglima Garang.

     

    4. Bukit Gombak Development Sdn. Bhd. Lot 30623 Pentadbiran ini telah mengemukakan fail ke PTGS untuk tindakan penyiaran warta.

     

    5. East Coast Ocean Blue Services Sdn. Bhd. PT 16042 Pentadbiran ini telah mengemukakan permohonan Permintaan Ukur (PU 27/2020) kepada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) untuk penyediaan Pelan Akui (PA) pada 19.2.2020 bagi tujuan penyiaran warta.

     

    6. ATB Jetty Sdn. Bhd. PT 17276 Pentadbiran ini telah mengemukakan Permintaan Ukur (PU 79/2019) kepada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) untuk penyediaan Pelan Akui (PA) pada 1.8.2019 bagi tujuan penyiaran warta.

     

    7. Peakvest Sdn. Bhd. Lot 29947 Telah diwartakan melalui WKNS No. 4421 bertarikh 21.11.2019 seluas 15771 meter persegi Mukim Telok Panglima Garang.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.