Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

197) PENIPUAN ATAS TALIAN

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kes penipuan atas talian telah berlaku di Selangor semenjak PKP?

    Kes Penipuan Atas Talian (Telecommunication Fraud) Bagi Tempoh 1.3.2020 Hingga 31.12.2020 Dan 1.1.2021 Hingga 31.10.2021.

     

    BIL JENAYAH PENIPUAN ATAS TALIAN

    (KATEGORI KES)

    1.3.2020 HINGGA 31.12.2020 1.1.2021 HINGGA 31.10.2021
    JUMLAH KES JUMLAH KERUGIAN (RM) JUMLAH KES JUMLAH KERUGIAN (RM)
    1 MACAU SCAM (MENYAMAR SEBAGAI PEG BANK/POLIS/SPRM/POS MALAYSIA 273  

    48,685,296.99

     

    206 14,159,830.12
    2 TIPU MENYAMAR ATAS TALIAN (RAKAN/SAUDARA) 42  

    323,300.00

     

    39 366,970.00
    3 LOVE SCAM/PARCEL SCAM 180  

    13,379,236.97

    186 11,560,568.59
    4 E-DAGANG (BELIAN ONLINE) 617  

    6,371,122.02

     

    1,078 9,702,213.66
    5 TAWARAN  ATAS TALIAN (BRGN LELONGAN/RAMPASAN/PAKEJ PELANCONGAN) 33 633,944.98 80 1,394,691.42
    JUMLAH 1145 69,392,900.96 1589 37,184,273.79

     

  2. Berapakah jumlah nilai yang telah ditipu?

    Kes Penipuan Atas Talian (Telecommunication Fraud) Bagi Tempoh 1.3.2020 Hingga 31.10.2021

     

                BIL JENAYAH PENIPUAN ATAS TALIAN

    (KATEGORI KES)

    1.3.2020 HINGGA 31.12.2020
    JUMLAH KES JUMLAH KERUGIAN (RM)
    1 MACAU SCAM (MENYAMAR SEBAGAI PEG BANK/POLIS/SPRM/POS MALAYSIA 479 62,845,127.11
    2 TIPU MENYAMAR ATAS TALIAN (RAKAN/SAUDARA)

     

    81 690,270.00
    3 LOVE SCAM/PARCEL SCAM 366

     

    24,939,805.56
    4 E-DAGANG (BELIAN ONLINE) 1695

     

    16,073,335.68
    5 TAWARAN  ATAS TALIAN (BRGN LELONGAN/RAMPASAN/PAKEJ PELANCONGAN) 113 2,028,636.40

     

    JUMLAH 2734  

    106,577,174.75

     

     

  3. Apakah rancangan kerajaan Selangor untuk mengatasi masalah ini?

    Pihak JSJK Selangor banyak mengadakan operasi ke seluruh Kontinjen Selangor dan telah banyak sindiket yang telah Berjaya ditangkap. JSJK Bukit Aman juga telah mengadakan Kempen Pencegahan Jenayah Komersil (Jenayah Atas Talian) 2021 bermula 01/11/2021 di mana pihak JSJK Selangor juga turut serta kempen ini.

    Pihak JSJK Selangor telah membuat hebahan dan mengedarkan pamphlet serta poster kepada orang awam bagi memberi kesedaran tentang penipuan atas talian. JSJK Selangor juga memberikan ceramah dan penerangan kepada orang ramai :

     

    1. Pihak polis menasihatkan orang ramai agar jangan mudah terpedaya dengan tawaran tawaran pinjaman wang yang ditawarkan di media social. Sekiranya ingi membuat pinjaman masyarakat seharusnya menyemak terlebih dahulu organisasi yang menawarkan pinjaman tersebut. Jangan kita rasa memudahkan proses akhirnya kita ditipu dan mengalami kerugian.
    2. Pihak polis juga memberi peringatan kepada mana-mana pihak untuk tidak sewenang – wenangnya memberikan butiran peribadi diri mereka termasuk butiran perbankan.
    3. Pihak polis juga menekankan bahawa tidak pernah menjadi praktis pihak institusi kewangan supaya peminjam membayar wang dahulu untuk membuat pinjaman, yang mengejutkan lagi ada setengah mangsa membuat pembayaran lebih dari jumlah pinjaman yang dipohon, ini adalah satu perkara yang tidak masuk akal.

     

    Pihak JSJK Bukit Aman telah membangunkan satu sistem yang dinamakan Semak Mule yang mana masyarakat boleh membuat semakan nombor akaun bank dan nombor telefon. Sistem ini boleh dilayari di laman https:/semakmule.rmp.gov.my atau di talian 03 – 26101559 / 03-26101599.

Lampiran

Tiada Lampiran.