Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

194) BANJIR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya banjir yang agak teruk (19 September 2021) yang melanda Ulu Yam dan apakah usaha-usaha Kerajaan mengatasinya supaya kejadian tidak berulang?

    Punca banjir adalah disebabkan hujan lebat luar biasa di kawasan Hulu Yam dan sungai sedia ada tidak dapat menampung kapasiti air banjir. Bagi tujuan mengatasinya, Kerajaan Negeri telah meluluskan Projek Rancangan Tebatan Banjir Batang Kali dengan siling RMKe-12 sebanyak RM 10.0 juta .  Status semasa adalah dalam peringkat kajian dan pelaksanan fizikal dijangka pada tahun 2023.

  2. Apakah status Sg. Tenang yang kerap berlakunya banjir dan apakah usaha Kerajaan dalam mengatasinya?

    Aliran daripada Sg. Tenang bertemu dengan aliran Sg. Bertam yang seterusnya mengalir ke Sg. Batang Kali. Jajaran sungai ini telah dimasukkan dalam perancangan Rancangan Tebatan Banjir Batang Kali.

Lampiran

Tiada Lampiran.