Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
192) CADANGAN LEBUHRAYA PJD LINK
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status cadangan Lebuhraya PJD Link?
Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa Cadangan Lebuhraya PJD Link telah mendapat kelulusan prinsip pada 4 Ogos 2017 dan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) berhubung projek PJD Link ini telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 12 November 2021 (Jumaat) untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri secara bersyarat yang mana antara lain adalah syarikat konsesi PJD Link iaitu PJD Link (M) Sdn. Bhd. perlu memenuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan di bawah syarat-syarat duluan Perjanjian Konsesi.