Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
187) JALAN PERHUBUNGAN BANDAR TASIK PUTERI – BATU ARANG
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status pengambilan tanah bagi tujuan jalan perhubungan antara Bandar Tasik Puteri ke Batu Arang?
Jalan perhubungan antara Bandar Tasik Puteri ke Batu Arang sepanjang 1 kilometer sebahagiannya terletak di atas tanah hakmilik dan sebahagian lagi di atas tanah Kerajaan. Pada masa ini, jalan tersebut diselenggara dengan ehsan daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Selayang.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor bercadang untuk memohon pengambilan tanah yang terletak di atas tanah hakmilik bagi tujuan jalan awam. Untuk itu, JKR merancang untuk melantik Perunding Juru Ukur Tanah pada tahun 2022 dan memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.
JKR seterusnya akan mengemukakan permohonan pengambilan tanah kepada Pejabat Daerah dan Tanah Gombak sekiranya permohonan peruntukan diluluskan.
-
Adakah tindakan sementara kerajaan sekiranya mempunyai kerosakan yang akan membahaya pengguna jalan di jalan tersebut?
Pada masa ini, jalan tersebut diselanggara secara “ehsan“ oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Apabila proses Pengambilan Tanah di bawah Seksyen 3 (1) (a), Akta Pengambilan Tanah 1960 telah sempurna, Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor akan menyelenggara jalan ini.