Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

164) PELUPUSAN ANJING TERBIAR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri akan menggunakan Tatacara Operasi Piawaian penangkapan dan pelupusan anjing terbiar di Kawasan PBT. Sila huraikan maksud pelupusan dan kaedah-kaedah digunakan. Apakah menembak mati termasuk kaedah pelupusan? Jika cara ini pernah digunakan, adakah ia akan diberhentikan?

    Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor mengguna pakai Pekeliling Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bil 5 Tahun 2014 iaitu Tatacara Operasi Piawaian Penangkapan dan Pelupusan Anjing Terbiar di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dalam pengurusan anjing terbiar yang di tangkap oleh pihak PBT. Pelupusan membawa maksud penghapusan anjing setelah penilaian dilaksanakan ke atas anjing yang ditangkap.

    Kaedah pelupusan yang di gariskan di dalam pekeliling tersebut adalah secara suntikan dan disahkan mati oleh Pegawai Veterinar atau mana-mana pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlatih dan telah diturunkan kuasa oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Kaedah menembak tidak pernah dilaksanakan oleh pihak PBT Negeri Selangor bagi pelupusan anjing yang terbiar.

    Atas dasar keperimanusiaan, Kerajaan Negeri Selangor melalui PBT telah menyediakan satu Pusat Pelindungan Dan Adapsi Haiwan yang terbiar. Orang ramai digalakkan supaya tidak membeli anjing tetapi mengadapsi anjing-anjing terbiar. Kerajaan Negeri Selangor juga sedang memastikan tapak yang bersesuaian untuk mendirikan Pusat Perlindunagan dan Adapsi Haiwan yang lebih baik.

Lampiran

Tiada Lampiran.