Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

160) PROJEK TAMBATAN BANJIR SUNGAI LABU DAN SUNGAI CHINCANG

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Masalah banjir yang berpunca dari ban Sg. Labu yang pecah, apakah penyelesaian jangka panjang bagi benteng ban yang kerap pecah?

    Bagi penyelesaian jangka panjang, Projek Tebatan Banjir Sg. Labu telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri. dan masih dalam pembinaan. Perincian projek tersebut adalah seperti berikut :

     

    Kos kontrak        : RM17,754,000.00

    Tarikh Mula        : 12/10/2018

    Tarikh Siap         : 23/12/2021

    Status Projek     : Dalam pelaksanaan (85% Jadual) (75% Sebenar)

     

    Projek Tebatan ini dijangka akan siap sepenuhnya pada sukuan kedua tahun 2022 dimana skop kerja bagi projek ini adalah menaiktaraf dan mengukuhkan struktur tebing Sungai Labu  menggunakan struktur sheet pile dan armour rock di lokasi struktur sungai yang sering berlaku ban pecah.

    Selain itu, JPS juga telah merancang untuk tindakan jangka masa pendek pada tahun 2022 bagi mengatasi masalah banjir di Kampung Giching dan Kampung Salak Tinggi melalui kerja-kerja pembinaan pintu kawalan air dan pemasangan pam di muka sauk saliran utama ke Sungai Labu dengan anggaran kos sebanyak RM5 juta di bawah peruntukan akaun amanah caruman parit.

  2. Apakah kerajaan negeri merancang untuk mengenalpasti lokasi dan membina Kolam Takungan sebagai zon penampan banjir?

    JPS sedang melaksanakan Kajian Pelan Induk (Master Plan) Sistem Saliran Bagi Pengurusan Air Ribut (Stormwater) –Untuk Mengatasi Banjir – PISMA di Daerah Sepang. Kajian Pelan Induk (Master Plan) Sistem Saliran Bagi Pengurusan Air Ribut (Stormwater) Untuk Mengatasi Banjir di Daerah Sepang telah dimulakan dan sedang dalam peringkat kajian.

     

    Kos Perunding   : RM 993,651.00

    Tarikh Mula         : 1 Jun 2021

    Tarikh Siap          : 1 Februari 2022

     

    Cadangan pelaksanaan jangka panjang bagi penyelesaian banjir akan dirancang berdasarkan kajian ini bagi memastikan penyelesaian secara holistik dilaksanakan termasuk perancangan lokasi bagi pembinaan kolam takungan banjir.

Lampiran

Tiada Lampiran.