Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
159) RODA DARUL EHSAN (RIDE)
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh pihak Kerajaan pada tahun 2020 sehingga kini?
Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukan sejumlah RM2,000,000.00 pada tahun 2020 sehingga kini dan sebanyak RM1,718,847.00 telah dibelanjakan untuk pembayaran kepada 3227 pemohon yang telah diluluskan. Manakala sebanyak RM281,153.00 telah digunakan untuk kos – kos pengurusan dan pentadbiran program ini seperti program jelajah penyerahan inisiatif RIDE, pembayaran kepada tenaga pekerja, pembangunan laman web dan lain- lain.
-
Berapakah jumlah permohonan yang telah diluluskan dan ditolak pada tahun 2020 sehingga kini?
Pada tahun 2021, Kerajaan Negeri telah menerima sejumlah 8144 permohonan secara keseluruhan. Dengan menggunakan peruntukan yang sedia ada, Kerajaan Negeri telah menyalurkan inisiatif ini kepada 3227 pemohon yang layak. Sejumlah 1761 permohonan ditolak atas sebab-sebab tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetap. Manakala baki pemohon yang layak dan masih belum dibayar, pihak Kerajaan Negeri akan menilai dan menyemak semula kriteria yang ditetapkan dan akan dibayar menggunakan peruntukan pada tahun akan datang
-
Adakah pihak Kerajaan dapat menyenaraikan jumlah penerima manfaat program RIDE bagi setiap DUN?
Inisiatif Roda Darul Ehsan atau RiDE ini telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada Ogos 2020. Inisiatif ini adalah salah satu usaha untuk menggalakkan anak Selangor terutama golongan belia untuk memiliki lesen yang sah. Pada awal pelaksanaan RiDE ini, kita berhadapan dengan kekangan untuk mendapatkan pemohon dan penyaluran dana kepada pemohon akibat pandemik Covid-19 disebabkan proses pengambilan lesen tidak dapat dijalankan oleh kerana kekangan pihak Jalan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sekolah memandu tidak dapat beroperasi ketika Perintah kawalan Pergerakan (PKP).
Oleh itu, Kerajaan Negeri telah mencadangkan penambahbaikan kepada inisiatif ini dengan memberi subsidi RM 350 kepada pemilik lesen dan tambahan RM 150 kepada penghantar makanan dan barangan atau lebih dikenali sebagai p-hailing serta tambahan RM 70 bagi caruman PERKESO.
Permohonan juga telah dibuka kepada individu yang berumur 18 hingga 40 tahun. Pada Oktober 2021, permohonan yang diterima oleh pihak urusetia adalah sebanyak 8144 dan dengan peruntukan sedia ada berjumlah RM 2 juta, seramai 3227 pemohon yang layak telah dikreditkan subsidi ini ke akaun masing-masing. Berikut merupakan pecahan penerima manfaat ini;
NO. DUN JUMLAH PENERIMA 1 N01 SUNGAI AIR TAWAR 10 2 N02 SABAK 23 3 N03 SUNGAI PANJANG 19 4 N04 SEKINCHAN 23 5 N05 HULU BERNAM 10 6 N06 KUALA KUBU BHARU 21 7 N07 BATANG KALI 94 8 N08 SUNGAI BURONG 20 9 N09 PERMATANG 22 10 N10 BUKIT MELAWATI 16 11 N11 IJOK 30 12 N12 JERAM 39 13 N13 KUANG 83 14 N14 RAWANG 107 15 N15 TAMAN TEMPLER 52 16 N16 SUNGAI TUA 116 17 N17 GOMBAK SETIA 139 18 N18 HULU KLANG 62 19 N19 BUKIT ANTARABANGSA 36 20 N20 LEMBAH JAYA 66 21 N21 PANDAN INDAH 58 22 N22 TERATAI 28 23 N23 DUSUN TUA 64 24 N24 SEMENYIH 94 25 N25 KAJANG 148 26 N26 SUNGAI RAMAL 36 27 N27 BALAKONG 61 28 N28 SERI KEMBANGAN 37 29 N29 SERI SERDANG 108 30 N30 KINRARA 51 31 N31 SUBANG JAYA 84 32 N32 SERI SETIA 41 33 N33 TAMAN MEDAN 65 34 N34 BUKIT GASING 7 35 N35 KAMPUNG TUNKU 8 36 N36 BANDAR UTAMA 20 37 N37 BUKIT LANJAN 27 38 N38 PAYA JARAS 223 39 N39 KOTA DAMANSARA 117 40 N40 KOTA ANGGERIK 76 41 N41 BATU TIGA 66 42 N42 MERU 118 43 N43 SEMENTA 61 44 N44 SELAT KLANG 56 45 N45 BANDAR BARU KLANG 18 46 N46 PELABUHAN KLANG 34 47 N47 PANDAMARAN 13 48 N48 SENTOSA 20 49 N49 SUNGAI KANDIS 104 50 N50 KOTA KEMUNING 56 51 N51 SIJANGKANG 47 52 N52 BANTING 76 53 N53 MORIB 50 54 N54 TANJUNG SEPAT 11 55 N55 DENGKIL 117 56 N56 SUNGAI PELEK 39 JUMLAH KESELURUHAN 3227